Scania AXL - Trak tugas berat swapandu tanpa kabin pemandu

oleh Mohamad Hanif|
Jika Volvo sudah pun memperkenalkan trak tugas berat yang dipanggil sebagai Vera, Scania juga turut sama membangunkan sebuah trak yang memiliki keupayaan swapandu tanpa kabin pemandu, dinamakan sebagai Scania AXL.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menariknya, tidak seperti trak autonomi yang kebanyakannya memiliki sistem pacuan berkuasa elektrik, Scania AXL masih kekal menggunakan enji pembakaran dalaman.

Sumber kuasa pula diperoleh daripada bahan api biofuel yang boleh diperbaharui. 
 


Pun begitu, trak Scania AXL ini sebenarnya salah sebuah trak kategori moden apabila ia turut dilengkapi dengan ciri kamera, radar, lidar dan juga modul GPS.

Harus diingatkan, walaupun dengan kelengkapan moden,  ia sebenarnya tidaklah dibangunkan supaya boleh digunakan di jalan raya biasa - seperti kereta swapandu yang lain. 

Menurut Scania, trak AXL ini lebih sesuai dioperasikan di kawasan tertutup, seperti lombong dan kawasan pembinaan di mana ia mampu mengendalikan tugas-tugas berat dengan lebih mudah. 
 


Scania juga mensasarkan untuk menjadi pengeluar trak pertama yang menawarkan trak tugas berat dengan sistem pemanduan autonomi penuh untuk industri komersil. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun di luar sana, pembeli sebenarnya boleh mendapatkan alternatif daripada Ford Trucks. Menerusi…
Pelancaran
Dua unit terawal itu telah diserahkan kepada syarikat logistik Swift Haulage Berhad. Pengenalan…
Berita Domestik
Dibina atas kawasan berkeluasan 1,400 meter persegi, pusat 3S baharu ini menawarkan barisan lengkap…