Scania Malaysia lancar Trak Super dan Bas Generasi baharu, lebih jimat bahan api

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Scania Malaysia hari ini telah melancarkan dua produk baharunya, iaitu trak Super dan Bas Generasi Baharu (New Bus Generation) yang kini menawarkan penjimatan bahan api sehingga 8 - 9 peratus, di samping pelancaran aplikasi Scania Driver App.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Majlis pelancaran itu berlangsung di Bandar Malaysia di mana sesi pandu dan uji turut diadakan untuk para pelanggan.

Kedua-dua trak Super dan NBG kini dilengkapi sistem trenkuasa baharu yang menawarkan penjimatan bahan api serta mengurangkan pelepasan emisi karbon.

Bagi menyokong ekonomi negara dan matlamat ESG pelanggan, kenderaan itu dilengkapi FAME sehingga B100 untuk membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) sehingga peratus.

 

2

 

Scania Super Truck menampilkan rangkaian kuasa enjin pembakaran yang paling canggih dan cekap dalam pasaran.

Trak Super menetapkan penilaian baharu untuk operasi pengangkutan yang cekap dan memberikan penjimatan bahan api sehingga 8% dan banyak ciri lain lagi.

Dikuasakan enjin 13-liter, nadi pada Scania Super itu sangat kukuh untuk lebih masa pengoperasian, meningkatkan jangka hayat operasi sebanyak 30% dan untuk julat kuasa lanjutan sehingga 550hp.

Trak Super turut menampilkan tahap kecekapan haba brek enjin terkemuka industri sehingga 50%, yang mana ia unik dalam industri trak berat.

 

3

 

Kecekapan trenkuasa baharu itu juga menawarkan pemanduan yang lebih lancar pada tork enjin puncak dari 900 rpm, dengan kotak gear bersama nisbah gear yang lebih luas untuk penukaran gear lebih pantas dan lancar.

Memastikan tahap keselamatan terbaik, trak Super dilengkapi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Brek Elektronik (EBS) dan Kawalan Traksi (TC) serta Beg Udara Tirai Sisi baharu dan Beg Udara Roda Stereng secara standard.

 

4

 

Untuk New Bus Generation (NBG), ia kini boleh mencapai penjimatan sehingga 9% dalam bahan api dan pelepasan CO2, tanpa menjejaskan prestasi dan tahap kebolehan pemanduannya.

Penjimatan paling ketara dibantu dengan peningkatan kecekapan enjin dan kawalan pelayaran yang diselaraskan dengan ramalan aktif.

NBG dibina untuk menawarkan keselamatan tinggi untuk kedua-dua pemandu dan penumpang melalui pembinaan casis yang dikukuhkan.

Ia turut dibantu dipertingkatkan dengan penambahan terbaharu Amaran Berlepas Lorong (LDW) pada sistem keselamatan standardnya yang merangkumi EBS dengan ABS dan TC.

 

5

 

NBG dibangunkan dengan mengambil kira persekitaran pemandu dan penumpang, kawasan pemandu NBG juga turut menawarkan persekitaran kerja yang terbaik dari segi ergonomik, kebolehcapaian dan penglihatan yang sangat baik.

Sementara keselesaan penumpang dapat dicapai melalui penggantungan yang lebih longgar dan kotak gear yang cekap dengan penukaran yang lancar.

Selain itu, sistem iklim yang cekap dan persekitaran hingar rendah NBG turt dapat meningkatkan lagi keselesaan penumpang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat yang berpengkalan di Kelantan ini akan bekerjasama dengan pengurus Scania Ecolution dalam…