Scania muncul sendiri di Tokyo selepas bercerai dengan Hino

oleh HEZERI SAMSURI|
Ramai yang tidak tahu tetapi Scania menjalinkan usahasama bersama Hino untuk pasaran Jepun.

Sayangnya perhubungan itu terputus pada tahun 2009 dan selepas itu Scania menjual trak mereka sendiri di Jepun. Yang kelakarnya, prestasi jualan mereka terus meningkat apabila Scania mula bersendiri di Jepun.

Untuk pertama kalinya Scania muncul di pameran Tokyo Motor Show 2017 dengan trak generasi baharu khusus untuk menembusi pasaran Jepun.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Jepun dilihat sebagai satu pasaran trak yang penting di Asia dan Scania mahu cuba memasuki pasaran tersebut.

Di pameran itu, Scania menampilkan dua generasi baharu siri R dan siri G dan satu trak P Cab.

Careta melawat sebentar ke gerai pameran Scania semasa di Tokyo tempohari dan terus terang dapat melihat betapa berbezanya Scania dengan jenama Jepun lain.

Scania menampilkan bukan sahaja enjin dengan teknologi baharu, tetapi keselesaan ruang kabin yang lebih mewah dari sebuah kenderaan.

Scania beranggapan pemandu ialah aset utama di dalam industri logistik dan pemandu yang selesa dan gembira akan dapat beroperasi dengan lebih efisien.

Malah Scania siap dengan barangan gaya hidup untuk peminat-peminat jenama itu.

Bak kata peminat trak di Malaysia - cool giler beb!

Berita Berkenaan

Berita Global
Itu merupakan jangkaan yang dibuat oleh Scania berdasarkan kajian terbaharu yang dibuat dengan…
Berita Global
Unit pertama trak pengangkut berkuasa elektrik itu kini digunakan oleh firma logistik gergasi ARS…
Berita Global
Namun, itu bukanlah tujuan utama Scania selaku pengeluar lori dan trak terkemuka apabila mereka…