Kempen "Score a Fling" sedang berlangsung dari 9 hingga 29 Februari 2020, dan para peserta diberikan peluang untuk memenangi percutian hujung minggu 3 hari 2 malam di W Hotel Kuala Lumpur yang serba mewah serta sebuah model kenderaan Volkswagen untuk digunapakai semasa penginapan percutian mereka.
"Score a Fling" ini diilhamkan oleh aplikasi Tinder, di mana pengguna hanya perlu meleret ke kiri atau kanan untuk suka atau tidak suka. Peserta hanya perlu memilih model Volkswagen kegemaran mereka dan sekiranya berpadanan, ruang chatbot akan dibuka untuk diakses.
Di ruang Chatbot tersebut, anda perlu menulis ayat-ayat romantis yang paling menarik dan memilih pengedar Volkswagen untuk memandu uji model pilihan kenderaan anda. Pemenang bertuah akan diumumkan pada bulan Mac melalui platform sosial media Volkswagen.
Di samping itu sebagai sebahagian daripada kempen "Score a Fling", Volkswagen turut menawarkan sesi pandu uji bermalam kepada mereka yang berminat semasa tempoh kempen ini berlangsung.
Kepada mereka yang ingin menyertai kempen ini, sila klik di pautan ini http://bit.ly/scoreafling