SDAC-Ford perkenal ciri Jurujual Digital menerusi aplikasi WhatsApp

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia memperkenalkan ciri 'Jurujual Digital'.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia merupakan talian pertanyaan menggunakan platform WhatsApp yang dikhususkan untuk memberikan perkhidmatan berhubung promosi jualan dan pembelian kenderaan bermula hari ini sehingga 30 Jun 2020.

SDAC melihat perkara ini sebagai langkah alternatif bagi mengehadkan perjumpaan fizikal di bilik pameran ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Selain daripada maklumat seperti produk dan stok, para pelanggan juga boleh mendapatkan promosi-promosi menarik terutama ketika musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi menerusi hujung jari.

Ford juga mahu menghubungkan jurujual Ford yang berdaftar di lokasi terdekat para pelanggan, dan mereka boleh melakukan transaksi mengikut kesesuaian masing-masing.

Namun, apabila Perintah Kawalan Pergerakan dihentikan, segala dokumen termasuklah Retail Customer Order dan permohonan pembiayaan perlulah ditandatangani dan seterusnya akan diproses oleh pihak Ford.

Perkhidmatan Jurujual Digital ini akan beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga 4 petang bermula hari Isnin sehingga Jumaat dan boleh dihubungi menerusi talian WhatsApp +6019-204 1200.

Selain daripada itu, Ford juga turut melaksanakan beberapa langkah pengawasan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan dan pelawat, termasuklah mempraktikkan jarak sosial, menyediakan perkhidmatan pemeriksaan suhu badan dan cecair sanitasi di bilik pameran.

Untuk maklumat lanjut tentang Ford dan promosi terkini, sila layari https://www.sdacford.com.my

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada The Detroit News, jurujual tersebut, Apollo Nimo, 34 tahun daripada…
Berita Domestik
Pesuruhjaya Kehakiman Dr Shahnaz Sulaiman, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan…
Berita Domestik
Menerusi langkah proaktif ini, HSDM akan menawarkan 'Elaun Kesusahan' kepada perunding jualan dari…