SDAC-Ford sediakan khidmat penghantaran kereta pandu uji terus ke rumah, pejabat

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia terus memantapkan khidmat kepada pelanggannya dengan menyediakan pilihan Khidmat Pandu Uji Ford ke rumah atau pejabat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan perkhidmatan ini, para pelanggan yang berhasrat memiliki kenderaan Ford berpeluang memandu uji kenderaan yang dihantar ke rumah tanpa perlu datang ke premis wakil penjual, dan tertakluk di dalam radius 10 kilometer daripada wakil pengedar yang terdekat. 

Untuk mendapatkan informasi dan permohonan, pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar terdekat, menghantar permohonan pandu uji secara dalam talian via laman web SDAC-Ford atau dengan menghantar pesanan kepada Jurujual Digital Ford di talian WhatsApp 019 204 1200.

“Pada waktu ini, kami faham bahawa para pelanggan mahukan khidmat tambahan yang memberi kemudahan. Untuk itu, kami menyediakan satu lagi pilihan dengan menghantar kenderaaan Ford yang ingin dipandu uji ke rumah atau pejabat pelanggan bagi membuktikan komitment kami dalam terus memantapkan sokongan dan khidmat kami kepada para pelanggan,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Langkah-langkah berwaspada akan diamalkan oleh perunding jualan semasa penghantaran kenderaan, termasuk memakai topeng muka, mencatat suhu badan, mensanitasi kenderaan yang diuji dan duduk di bahagian belakang kenderaan sebagai mematuhi peraturan penjarakan sosial.

“Bagi pelanggan yang memilih untuk terus ke premis wakil pengedar Ford, kami ingin meyakinkan mereka bahawa  langkah-langkah perlu telah kami ambil  bagi memastikan kesihatan dan keselamatan mereka, Ini termasuk penjarakan sosial, pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, meletak cecair sanitasi tangan di sekitar bilik pameran dan sanitasi yang dilakukan dengan kerap di bahagian-bahagian yang sering disentuh,” tambah Muzri.

Untuk mengakses laman web SDAC-Ford mesra peranti dengan pelbagai bahasa atau untuk menempah Khidmat Pandu Uji di rumah atau pejabat, sila layari www.sdacford.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Travelog itu bertujuan untuk mempromosikan agropelancongan, yang semakin popular di Malaysia,…
Berita Domestik
Promosi bermula sekarang sehingga 31 Mac ini menawarkan diskaun sehingga 64 peratus untuk alat…
Berita Domestik
Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti…