SDAC tawar ‘Promosi Bantuan Servis’ untuk kenderaan Ford

oleh SALINA JALIL|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan ‘Promosi Bantuan Servis’ dengan penjimatan sehingga 20 peratus untuk servis dan alat ganti kenderaan bermula 10 Jun sehingga 30 Julai untuk memberikan para pelanggan lebih penjimatan dan kelegaan di waktu yang mencabar ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Para pelanggan berpeluang mendapat faedah dengan penjimatan yang ditawarkan untuk alat ganti dan servis apabila mereka membuat janji temu servis kenderaan di mana-mana pusat servis Ford yang berdaftar bermula dari 1 Jun sehingga 30 Julai 2020*.

 

Semua pemilik kenderaan Ford akan mendapatkan pemeriksaan kenderaan 27-poin secara percuma oleh juruteknik-juruteknik Ford yang bertauliah.

 

SDAC turut menawarkan lebih penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih*. Hanya alat ganti pengeluar peralatan tulen (OEM) sahaja digunakan.

 

Para pelanggan juga boleh menikmati potongan 20 peratus untuk pakej-pakej brek dan tali sawat pemasaan termasuk minyak pelincir potongan  dan  potongan 10 peratus untuk upah kerja untuk pakej-pakej yang dinyatakan.

 

* tertakluk kepada terma dan syarat

 

Di samping itu, SDAC telah pun membuka bilik pameran yang terbaharu di Sime Darby Motors City, Ara Damansara. Ia merupakan bilik pameran SDAC yang terbesar di Malaysia dan dibina di atas kompleks automotif Sime Darby Motors City seluas 10.1 ekar yang turut mempamerkan rekaan terkini jenama Ford.

 

Langkah keselamatan demi memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan dan para pengunjung turut dipraktikkan seperti mengamalkan penjarakan sosial, pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis selain menyediakan cecair pensanitasi tangan,di sekitar bilik pameran.

 

Untuk memastikan waranti para pelanggan masih relevan dan tidak terbatal kerana COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini, anda dinasihatkan untuk membuat janji temu servis dengan sebelum 30 Jun 2020.

 

Anda juga diingatkan bahawa sesi untuk servis kenderaan hanya berdasarkan janji temu sahaja.

 

Untuk membuat janji temu, terdapat beberapa cara untuk berbuat demikian:

  • Melalui talian Hotline Khidmat Pelangggan di 1300 38 3181

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Domestik
Jelajah pameran Ford Experience Hub itu akan berada di Queensbay Mall (Ground Floor, North Atrium)…
Berita Domestik
Acara tiga hari itu akan berlangsung di perkarangan Kompleks Likas di Kota Kinabalu, bermula 10.30…