SDRAC serah armada kenderaan berkemampuan telematik kepada Pengerang Integrated Complex

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Rent A Car Sdn Bhd (SDRAC) selaku anak syarikat milik penuh Sime Darby Motors baru-baru ini mengumumkan kejayaan menghantar armada kenderaan berkemampuan telematik bagi menyokong fasiliti Pengerang Integrated Complex di Johor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penyatuan sistem telekomunikasi dan pemprosesan maklumat merupakan pencapaian utama bagi SDRAC dan sebahagian daripada usaha untuk memperkembangkan lagi perniagaan penyewaan di Malaysia, selain menjadi pembekal penyelesaian pengurusan armada kenderaan.

Dengan kawalan berpusat, pengguna SDRAC akan dibekalkan dengan maklumat masa nyata bagi mengesan penggunaan kenderaan, prestasi pemandu, laluan yang optimum untuk mengurangkan pembaziran bahan api, serta informasi berhubung kesihatan kenderaan.

Sehingga kini, SDRAC menguruskan hampir 3,000 kenderaan menjadikanya salah satu pengendali armada terbesar di Asia Tenggara untuk jenama Hertz dan Thrifty dengan kekuatan tenaga pekerja seramai 276 orang tempatan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kata kunci kepada kemenangan adalah kerjasama berpasukan!" Pemandu yang berusia 30 tahun itu kini…