SEAT uji sekam padi untuk ganti plastik dalam kereta, boleh ke dibuat?

oleh Muhammad Md Tajudin|
SEAT sedang menguji sekam padi bagi menggantikan plastik
SEAT sedang menguji sekam padi bagi menggantikan plastik
Apabila memegang plastik di pusat membeli belah atau pasar raya besar perasaan tak ia mempunyai rasa berbeza? 

Jika ada yang belum tahu, plastik tersebut dari jenis biodegradasi yang bermakna ia akan luput sendiri apabila sampai waktunya.

Menyentuh mengenai plastik, ini ada satu berita menarik dari SEAT yang mahu menggantikannya dengan sekam  padi.

Ujian tersebut dibuat sebagai gantian kepada plastik di dalam SEAT Leon baharu. Sekam itu sedang diuji pada alas kaki, lantai but (boot) dan siling kereta. 

Ujian yang dibuat pada lantai but merangkumi penggantian sehingga 20 peratus plastik yang biasa digunakan iaitu poliuretana (polyurethanes) dan polipropilena (polypropylenes).
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Cars parts made from rice husks

 

Sekam padi kitar semula itu lebih ringan berbanding kedua-dua bahan tersebut.

Jika menjadi, manfaatnya sangat besar. Sekam padi yang tidak dipakai biasanya akan dibakar. 

SEAT menjangkakan untuk mengitar semula 12,000 tan sekam padi setiap tahun seterusnya mengurangkan buangan sekam global sehingga lapan peratus di samping mewujukan ekonomi kitaran (circular economy).

Fasa pengujian sekarang ini melibatkan analisa berapa jumlah sekam yang boleh digunakan supaya keperluan teknikal dan kualiti mempunyai standard sama seperti yang asal.

Ujian beban pada lantai but mestilah mampu menahan sehingga 100kg pada satu bahagian kecil bagi memeriksa ketegaran dan kekuatannya.

 

Cars parts made from rice husks

 

Ujian termal pula dibuat di dalam kebuk cuaca bagi menilai dan memastikan ketahanannya terhadap panas, sejuk dan kelembapan.

Nampak mudah seperti gantikan sahaja dengan bahan lain namun satu aspek penting dalam pembuatan kenderaan adalah ketahanan dan kekuatan.

Apa yang penting ialah keprihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh SEAT dalam menggunakan sumber yang ada sebaik mungkin.

SEAT sebenarnya dalam misi untuk mengurangkan penggunaan plastik pada kenderaan akan datang dan sifar jejak karbon menjelang tahun 2050.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Cars parts made from rice husks

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Leon mewah dengan pilihan rangkaian kuasa seperti TSI (petrol), eTSI (mild hybrid), TDI (diesel…
Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Thomas berkata, "model SEAT sedia ada akan terus dihasilkan dalam…
Informasi
  Begitu canggih sehinggakan jurutera boleh ke pelbagai tempat dari puncak gunung Mont Blanc…