Sebab kenapa idea konsep Nissan IDx tidak direalisasikan

oleh Mohamad Hanif|
Sekitar tahun 2013, dunia dikejutkan dengan kehadiran sebuah model berkonsepkan rekaan moden klasik yang lahir dari Nissan, iaitu Nissan IDx.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan jawapan Nissan kepada segmen kereta sports pacuan roda belakang yang ketika itu dipelopori oleh rakan senegaranya Toyota/Subaru (GT86/BRZ/Scion FR-S) serta Hyundai Genesis coupe. 

Dengan rekaan moden klasik yang ditampilkan, anda juga boleh menganggap ia sebagai jawapan Nissan dalam menghasilkan pewaris kepada model Datsun 510. 

 


Walaupun Nissan IDx menerima sambutan yang baik, entah kenapa idea tersebut kemudian lenyap ditelan zaman, dan Nissan juga nampaknya tidak mahu meneruskan usaha untuk menghasikannya secara produksi massa.

Jawapan kepada persoalan tersebut akhirnya terungkai menerusi satu hantaran yang dibuat oleh jurutera Nissan di laman Reddit. 

Menurut beliau, Nissan pada ketika itu sudah pun mempunyai perancangan untuk meneruskan produksi model IDx, namun terdapat beberapa semakan realiti berjaya menghentikan usaha mereka. 
 


Salah satu sebab adalah kekangan lokasi.

Untuk menghasilkan sebuah kereta sports, ia sudah pasti perlu mempunyai barisan produksi yang berbeza berbanding model produksi massa yang lain, dan Nissan hanya mempunyai fasiliti Tochigi yang ketika itu sarat memasang model Fairlady 370Z, Nissan Skyline JDM dan juga Nissan GT-R.

Untuk menambah kapasiti pengeluaran kepada penghasikan IDx, sudah tentu Nissan perlu melaburkan wang yang lebih banyak untuk menyediakan peralatan pemasangan yang bersesuaian.
 


Selain daripada itu, Nissan turut mendapati bahawa tiada permintaan yang kukuh terhadap Nissan IDx disebabkan segmentasi yang sudah tersedia padat untuk ditambah model baharu. 

Tambahan pula, dengan membawa masuk Nissan IDx ke dalam pasaran, ia sudah tentu akan mengacau sebuah lagi model pacuan roda belakang Nissan Fairlady 370Z yang sudah tersedia tenat kini. 

Jadi, itu adalah antara sebab kenapa Nissan IDx harus berkubur, dan ia tidak akan dibangkitkan lagi oleh Nissan. 

Ini kerana mereka kini sedang menumpukan perhatian kepada dua buah model utama, Nissan Fairlady Z dan Nissan GT-R generasi baharu. 

Sumber: Reddit menerusi The Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Nissan terpaksa menguburkan hasrat untuk…
Berita Global
Jikalau anda masih ingat, Nissan pernah menghasilkan sebuah kereta konsep Nissan IDx yang…