Sebab kenapa Koenigsegg tidak pernah berlumba di litar

oleh Mohamad Hanif|
Koenigsegg merupakan salah satu nama pengeluar supercar dan hypercar berprestij lahir dari negara tanah tumpahnya minyak hitam Volvo, dan ia merupakan antara pengeluar yang hadir dengan teknologi termaju yang tersendiri.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Biarpun memiliki beberapa supercar yang sangat inovatif (dan unit yang terhad), satu persoalan timbul. Kenapa nama yang gah dan sohor ini tidak pernah muncul dalam litar lumba?

Dalam satu temubual yang dijalankan oleh Road & Track, pengasas Christian von Koenigsegg sebenarnya bukanlah tidak pernah mencuba, namun cita-citanya musnah sebelum mereka sempat berlumba lagi.

Pada tahun 2007, Koenigsegg telah membina sebuah jentera lumba sebenar mengikut peraturan Group GT1 FIA, digelar sebagai CCGT dan mempunyai kaitan rapat dengan model prototaip pertama yang dibina oleh Koenigsegg, iaitu CC.
 

CCGT


Model original (bukan orizainal) CC direka untuk memenuhi keperluan perlumbaan GT1 pada ketika itu, dengan lebar dua meter maksimum, rekaan kokpit merangkumi 70 peratus lebar kenderaan, berat kering di bawah 1 tan, serta nadi V8 aspirasi natural berkuasa lebih 600 hp.

Namun, dua bulan selepas ujian CCGT dijalankan, terdapat perubahan regulasi dilakukan oleh FIA di mana mereka kini mengharamkan binaan badan monocoque gentian karbon di mana ia merupakan binaan asas untuk setiap model jalanan Koenigsegg termasuk model CCGT.

Selain itu, regulasi baharu juga menetapkan pengeluar untuk membina unit homologasi sebanyak 350 unit, berbanding 20 unit sahaja pada peraturan terdahulu.

Perubahan peraturan ini menyukarkan pengeluar kecil seperti Koenigsegg, dan sekaligus 'menyingkirkan' CCGT sebelum sempat ia menunjukkan taring sebenar.
 

CCGT


Jadi, adakah masih wujud tempat untuk berlumba?

Menurut Christian, "sekiranya kami dibenarkan untuk berlumba, kami mungkin terpaksa berhadapan dengan Porsche 911 dan Ferrari 488 - kereta sports yang dihasilkan dengan tujuan yang berbeza berbanding model-model Koenigsegg.

Malah, beliau risau jenteranya akan menjalani penurunan prestasi menerusi Balance of Performance (penggunaan pengehad).

"Selain kos pembaikan yang lebih mahal berbanding 911, kami mungkin dapat dikalahkan oleh 911 disebabkan oleh BoP, walhal dalam realiti kedua-duanya adalah kenderaan yang jauh berbeza. Ini merupakan perkara yang tidak masuk akal.

Christian masih berharap agar dapat menyertai perlumbaan pada masa akan datang, tapi bukan di bawah regulasi sedia ada.

"Sya mahu kembali ke zaman GT1 di mana kita boleh melihat jentera Bugatti, Pagani, Koenigsegg - barisan jentera jalanan yang dimodifikasi dengan teknologi yang berbeza. Bukan di bawah perlumbaan silhouette dimana anda mempunyai casis yang sama dengan badan yang berbeza.

Sumber: Road & Track

Berita Berkenaan

Informasi
Disebabkan itu, tidak menghairankan apabila kereta-kereta Koenigsegg ini jarang sekali dilihat atas…
Berita Global
Disebabkan sambutan yang cukup memberangsangkan, pengasasnya Christian von Koenigsegg merancang…
Berita Global
Perancangan ini bakal menambah ruang sebesar sehingga 30,000 meter persegi untuk pemasangan model-…