Sebastian Vettel sah tinggalkan Ferrari akhir musim ini

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun musim perlumbaan Formula One masih lagi belum memulakan rentak, timbul pula berita mengejutkan yang hadir dari kem Ferrari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana dilaporkan bahawa pelumba Formula One Sebastian Vettel akan meninggalkan pasukan Ferrari pada akhir musim perlumbaan tahun ini.

Juara dunia empat kali itu telah menyertai Ferrari semenjak tahun 2015, namun masih gagal mengulangi kejayaan yang dikecapi ketika beliau menerajui Red Bull Racing.

Kontrak terkini beliau ditandatangani pada Ogos 2017 dan bakal tamat pada akhir tahun 2020, menurut laporan daripada BBC.

Media Itali turut melaporkan bahawa Ferrari turut menawarkan kontrak satu tahun terhadap Vettel untuk musim perlumbaan 2021, namun dengan bayaran yang tidak setimpal.

Hal ini timbul setelah Ferrari menunjukkan komitmen terhadap pemandu muda Charles Leclerc dengan menawarkan kontrak baharu sehingga tahun 2024 serta menjadikan beliau pemandu nombor satu pasukan tersebut.

Siapa yang bakal menggantikan Vettel?

Beberapa calon disebut-sebut sebagai pengganti seperti Daniel Ricciardo yang menyertai Renaut pada permulaan 2019 dan bakal berakhir pada musim perlumbaan 2020, serta Carlos Sainz yang kini sedang berlumba untuk pasukan McLaren.

Lewis Hamilton juga turut tersenarai namun pelumba tersebut berulang kali menyebut beliau mahu kekal bersama Mercedes.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…