Sebuah Honda Civic dan 8 motosikal terbakar di Kuarters Balai Polis Subang

oleh SALINA JALIL|
Sebuah kereta dan lapan motosikal yang diletakkan di kawasan parkir kenderaan Kuarters Balai Polis Subang, USJ 8/2, Subang Jaya, di sini, musnah dalam kebakaran petang tadi.


Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.18 petang.

 

Katanya, selepas menerima panggilan sepasukan 16 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

"Sebaik anggota bomba tiba di lokasi jam 2.30 petang didapati sebuah kereta jenis Honda Civic dan tujuh motosikal musnah terbakar.

 

"Sebuah lagi motosikal terbakar 30 peratus. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.46 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Punca kebakaran masih belum diketahui pada masa ini.

 

 

 

Berita Harian