Sedan crossover mewah Maybach Ultimate Luxury takkan jadi kenyataan

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa tahun yang lepas, Mercedes-Benz menerusi divisyen ultra-mewah Maybach ada memperlihatkan sebuah model konsep yang cukup aneh, direka eksklusif untuk pasaran China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model Vision Mercedes-Maybach Ultimate Luxury itu menggandingkan konsep sedan tiga kotak berserta elemen jarak lega bumi tinggi dan padanan cladding plastik yang biasa wujud pada sebuah SUV.

Berdasarkan laporan terdahulu, Mercedes merancang untuk memulakan produksi model Sports Utility Sedan (SUS) yang aneh ini pada tahun 2025.
 

sus


Namun dalam satu perkembangan terbaharu oleh akhbar Jerman Handelsblatt, pengeluar automotif tersebut telah menggugurkan sepenuhnya projek tersebut berdasarkan info daripada tiga sumber dalaman.

Mercedes menjelaskan kereta tersebut terlalu kompleks dan agak mahal untuk dibangunkan.

Selain itu, kehadiran bentuk badan ketiga yang pelik itu mungkin sekali tidak akan menarik minat golongan pembeli di China, apatah lagi apabila model tersebut diperkenalkan di pasaran lain.
 

sus


Dari segi dimensi, SUS Maybach ini membawakan ukuran sepanjang 5,260 mm, jauh lebih besar berbanding GLS-Class, dengan keupayaan untuk membawa empat orang penumpang pada satu-satu masa.

SUS ini menampilkan empat unit motor elektrik berkuasa 750 hp, dipadankan dengan pek bateri berkapasiti 80 kWh dengan jarak gerak sejauh 550 km (data NEDC).
 

sus


Keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim gaya turbin bersaiz 24 inci.

Untuk mereka yang lebih mementingkan kereta mewah yang lebih praktikal, pilih saja Aznom Palladium.

Baca: Aznom Palladium, kombinasi sedan dan trak pikap

Sumber: Handelsblatt