Sedan elektrik BMW i4 sah masuk Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model SUV elektrik BMW iX yang dijangka pelancarannya tidak lama lagi, laman web BMW Malaysia turut menyenaraikan sebuah lagi model EV yang bakal dilancarkan kelak - sedan elektrik BMW i4.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hanya varian tunggal eDrive40 sahaja yang bakal ditawarkan, di mana sedan ini hadir dengan konfigurasi motor elektrik tunggal pacuan roda belakang yang menghasilkan output 335 hp dan 416 Nm, serta sistem transmisi kelajuan tunggal yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.7 saat.
 

i4


Dengan pek bateri berkapasiti 81.5 kWh, BMW i4 eDrive40 ini mampu bergerak sejauh 590 km untuk sekali cas.

Dari segi pengecasan, BMW i4 hadir dengan pengecasan AC 11 kW yang membolehkan kapasiti bateri diisi penuh dalam masa 8.5 jam, atau pengecasan pantas 200 kW yang mengambil masa kira-kira 31 minit dari 10-80 peratus kapasiti bateri.

Selain daripada itu, BMW i4 juga boleh dicas dalam masa 10 minit untuk penambahan jarak sehingga 164 km.
 

BMW i4


Sama seperti  BMW iX, BMW Malaysia masih tidak mendedahkan secara spesifik tarikh pelancaran untuk model sedan elektrik i4 ini, namun bagi mereka yang berminat boleh mendapatkan informasi lanjut menerusi laman web INI.

Baca: BMW i4 eDrive40 2022
Baca: BMW i4 M50 xDrive 2022
Baca: BMW i4 M bakal hadir dengan runut bunyi ciptaan Hans Zimmer

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ia boleh didapati dalam dua varian, iaitu varian standard i4 eDrive35 serta varian i4 eDrive35 M…
Berita Global
Jelas sekali, model M EV Concept ini dibangun menggunakan asas daripada sedan i4 M50, namun tampil…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…