Sedan Nissan Maxima tamat produksi pertengahan 2023, bakal muncul kembali sebagai EV?

oleh Mohamad Hanif|
Permintaan terhadap sedan yang semakin merudum memaksa Nissan menamatkan penawaran model sedan saiz penuhnya Nissan Maxima kelak.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Dalam satu kenyataan, Nissan mengesahkan model Maxima generasi kelapan itu akan ditamatkan produksinya pada pertengahan tahun 2023.

"Maxima merupakan salah satu plet nama yang bersejarah di Amerika Utara, dan hari ini kami mengumumkan kepada para pekerja, pembekal dan pengedar bahawa generasi terkini Maxima akan dihentikan pengeluarannya pada pertengahan tahun 2023.

"Sebagai sebahagian daripada perancangan Ambition 2030, Nissan mengutamakan kenderaan elektrik serta teknologi termaju, dan menjelang 2030, 40 peratus daripada jualan kenderaan Nissan terdiri daripada model elektrik tulen (EV) dan selebihnya model berelektrik.
 

Nissan Maxima


Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, Nissan Maxima telah berjaya dijual sebanyak 67,527 unit di Amerika Syarikat pada tahun yang sama, sebelum angka jualan merudum kepada 42,337 unit pada tahun 2018, 35,076 unit pada taun 2019.

Sepanjang tahun 2021, hanya 16,386 unit sahaja sedan saiz penuh itu telah berjaya dijual.

Menariknya, penamatan itu tidak memberikan petanda riwayat Maxima akan berakhir begitu sahaja.
 

Nissan IMs


Terdapat kemungkinan besar Nissan Maxima akan dijelmakan semula sebagai sebuah sedan elektrik dengan mengambil elemen yang dibawakan oleh model konsep Nissan IMs yang muncul pada tahun 2019.

Nissan menyifatkan IMs sebagai sebuah sedan sports dengan elemen-elemen crossover seperti jarak kelegaan tanah yang ditinggikan serta rekaan luaran dan dalaman yang serba futuristik.

Baca: Nissan IMs Concept

Berita Berkenaan

Berita Global
Kelibat model ujian generasi baharu BMW 7 Series telah pun dikesan di luar negara sebelum ini,…
Berita Global
Kini, lebih banyak perincian didedahkan oleh pengeluar automotif Korea Selatan itu, termasuk…
Berita Global
Kini, pengeluar mewah Korea Selatan itu memperlihatkan beberapa keping gambar generasi baharu…