Sedan pantas Toyota GR Camry bakal muncul?

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Theophilus Chin
GR Supra.
GR Yaris.
GR86.
GR Corolla.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sudah pasti para peminat Gazoo Racing tertunggu-tunggu apakah yang bakal ditawarkan oleh jenama berprestasi tinggi di bawah naungan Toyota itu kelak.

Menurut laporan terkini daripada Motor Trend, Toyota masih lagi belum berpuas hati dengan penawaran sedia ada, dan terdapat kemungkinan besar lencana GR akan dilekatkan pada sebuah sedan!

Dalam temubual, naib presiden eksekutif jualan Toyota Amerika, Bob Carter sekadar menjawab "Nantikan kemunculannya" dan "masih lagi wujud ruang yang ada" apabila ditanya berkenaan kemungkinan sedan menyertai barisan keluarga GR.

Terdapat kemungkinan besar sedan yang dimaksudkan itu adalah Camry, di mana penawaran versi GR ini dilihat mampu melengkapi Camry TRD dengan enjin V6 yang ada pada ketika ini.
 


Sebelum ini, terdapat satu laporan daripada Jepun yang mendakwa Toyota sedang mempertimbangkan untuk menawarkan sedan GR Corolla, melihatkan kepada populariti yang dikecapi oleh model GR Corolla versi hatchback.

Masa depan GAZOO Racing juga turut tertumpu kepada langkah elektrifikasi, selari dengan perkembangan semasa.

Menurut naib presiden strategi dan perancangan produk Toyota, Cooper Ericksen berkata, "Elektrifikasi untuk model GR adalah sesuatu yang sedang kami bincangkan. Dalam tempoh jangka masa panjang, apakah cara terbaik untuk membawakan GR, dan kaitan elektrifikasi dengan perkara itu.

"Kuncinya adalah pemanduan, ringan dan prestasi di litar, jadi jika kami dapat menterjemahkannya dengan baik menerusi model EV, pada masa akan datang kami akan melihat kemungkinan tersebut.

 


Namun begitu, Ericksen menjelaskan model GR pertama dengan bantuan elektrifikasi mungkin tidak akan hadir dalam masa terdekat.

"Dalam masa lima bulan? Tidak. Dalam masa lima tahun? Ia tidak mustahil," jelasnya.

Sumber: Motor Trend