Menurut AmInvestment Bank Research, prototaip sedan segmen C itu dikatakan bakal diperkenalkan pada Mac 2020 manakala pelancaran rasmi pula bakal mengambil masa kira-kira setahun selepas itu (Mac 2021).
"Kami percaya dengan tahap teknologi tempatan sedia ada, produk pertama NNCP tidak mungkin sebuah kereta elektrik.
"Sebaliknya, ia berkemungkinan besar sebuah sedan hibrid - kereta berenjin pembakaran dalaman dengan bantuan pecutan daripada motor elektrik.
Namun, menurut pusat kajian itu lagi, memandangkan model pertama itu sebuah sedan segmen C, ia tidak akan dipasarkan secara massa sebaliknya mensasarkan pasaran niche.
Oleh sebab itu AmInvestment tidak menjangkakan NNCP akan menjadi saingan kepada jenama nasional tempatan sedia ada, Proton dan Perodua.
Sumber: The Edge
Gambar hiasan: Daihatsu DN F-Sedan