Seiko lancar koleksi jam tangan edisi Modellista - dari RM1,684

oleh Mohamad Hanif|
Seiko dengan kerjasama divisyen Modellista Toyota baru-baru ini melancarkan jam tangan edisi khas Seiko Selection Modellista Collaboration dengan tiga model dan saiz jam tangan yang boleh dipilih.

Ketiga-tiga jam tersebut dikuasakan oleh pergerakan kuarza solar dengan penawaran spesifikasi yang berbeza.
 

Seiko


Dimulakan dengan Seiko SBTM331, ia merupakan sebuah jam tangan dengan rupa paras yang lebih ringkas, menampilkan casis keluli 39.5 mm dengan pergerakan kuarza solar dan kaliber 7B72, dan rekaan dial hitam  yang dilindungi kaca sapphire.

Sementara jam tangan Seiko SBPY173 pula merupakan jam tangan dengan pergerakan solar kuarza berkaliber V172 yang dilindungi oleh casis keluli tahan karat bersaiz 41 mm dan kaca sapphire, serta penambahan fungsi penggera dan chronograph.

Jam tangan yang paling besar dalam koleksi Modellista ini merupakan Seiko SBPY171 di mana ia menampilkan pergerakan solar kuarza dengan kaliber V175, casis keluli tahan karat 42.2 mm dengan ketebalan 12.2 mm, serta turut didatangkan dengan fungsi chronograph.
 

Seiko


Biarpun hadir dalam tiga rekaan yang berbeza, kesemua jam tangan ini mempunyai jarum jam dan penanda yang boleh bercahaya dalam gelap, serta rekaan jarum minit dan saat yang mengambil inspirasi daripada skirt sisi Modellista.

Harga jualan untuk jam tangan ini bermula dari 49,500 yen (RM1,684) untuk model SBPY171 dan SBPY173, hingga 55,000 yen (RM1,871) untuk model SBTM331.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Luminox Master Carbon SEAL Automatic direka untuk menjadi sebuah jam tangan yang boleh dipercayai…
Gaya Hidup
Berita baik buat para peminat jam, kerana Hublot telah melancarkan jam tangan terbaharu jenis…
Gaya Hidup
Ia membawakan rekaan ikonik jam tangan G-SHOCK dan dilengkapi dengan penderia optik dan…