Sejarah Dasar Automotif Nasional (NAP)

oleh HEZERI SAMSURI|
Minggu lalu Dasar Automotif Nasional 2020 telah dilancarkan dan rakyat bertumpu ke arah perancangan pembangunan industri automotif.

Di bawah kami kongsikan carta sejarah NAP yang sebenarnya bermula sejak tahun 2006 lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

NAP2006 (2006-2009)
Integrasi Rantaian Pembekal 

Diperkenalkan khusus untuk membabitkan industri automotif tempatan ke dalam rangkaian industri global dan serantau. Banyak vendor-vendor tempatan diberi peluang untuk bermain dengan pesaing-pesaing dunia bagi merebut peluang-peluang perniagaan di rantau Asean dan juga di pentas global.


NAP2009 (2009-2014)
Promosi Pelaburan

Pemberian insentif tersesuai adalah antara apa yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kemampuan dan daya saing industri automotif tempatan.

NAP2014 (2014 - 2020)
Mesra Alam dan Kemampanan

Fokus khusus untuk menjadikan Malaysia sebagai hab Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan juga memberikan tumpuan kepada kenderaan yang lebih selamat.

NAP2020 (2020-2030)
Mobiliti Terhubung

Untuk meningkatkan taraf industri automotif nasional agar mampu bersaing di dalam era pertukaran industri digital.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Claus Weidner, berkata perancangan itu bergantung…
Hezeri Samsuri
Jamie yang sudah dua tahun bertugas di Thailand sebenarnya pernah bekerja dengan syarikat-syarikat…
Berita Domestik
Apa itu NxGV? NxGV adalah singkatan dari Next Generation Vehicle atau Kenderaan Generasi Baharu…