Sejarah sistem audio kereta

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam tahun 1930, Paul dan Joseph Gavin bersama rakan mereka, William Lear menghasilkan sistem audio pertama untuk kereta dan dinamakan, MOTOROLA.

Motorola atau maksud sebenarnya, Motorised Victrola itu mempunyai nombor model 5T71 dan ia cuma mampu menerima siaran gelombang radio AM mono.

 

Motorola 5T71

Radio pertama untuk kenderaan – Motorola 5T71.

 

Radio FM stereo (dua channel, kiri dan kanan) untuk kereta yang pertama pula direka oleh Blaupunkt dalam tahun 1952.

Setahun kemudian, Becker mencipta fungsi “seek” atau fungsi pencarian stesen radio secara automatik untuk radio kereta pula.

 

first blaupunkt

Sistem audio kereta pertama Blaupunkt.

 

Namun begitu, ramai yang inginkan pemain audio kereta yang mampu memainkan muzik pilihan masing-masing.

Dalam tahun 1956, jenama kereta Chrysler dari Amerika Syarikat mencipta sistem turn-table di dalam papan pemuka kereta yang mampu memainkan piring hitam 7-inci 45 rpm.

 

chrysler turn tab;e

Inovasi dari Chrysler yang langsung tak popular.

Mungkin kerana tidak tahan gegaran, ia tidak popular (duh!).

Philips menghasilkan format kaset kompak dalam tahun 1964 tetapi ia tidak popular. Yang menjadi kegemaran ramai pada tahun 1970-an ialah sistem katrij 8-track.

 

8-track

 

Dan pada zaman itu, ramai yang membeli katrij 8-track penyanyi kegemaran masing-masing. Lagu-lagu dari Black Dog Bone, Broery Marantika, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Kembara, Bee Gees, Johnny Cash, Santana dan macam-macam lagu mula berkumandang dari kenderaan-kenderaan di Malaysia.

 

pioneer head unit

 

Selepas itu, sistem audio kenderaan terus berkembang pesat dan di zaman sekarang, CD dan DVD sudah mula diketepikan dan memberi laluan untuk fungsi USB (dan pen-drive direka oleh seorang rakyat Malaysia, Pua Khein Seng) dan Bluetooth.

Pemain audio kereta juga sudah mula meninggalkan sumber audio tradisional yang memerlukan pergerakan mekanikal seperti CD atau DVD. Sistem audio "mechless" ini menggunakan sumber data dari Bluetooth atau sambungan USB.

Antara jenama terkenal yang mampu milik ialah Pioneer, yang sering memberikan pakej kombo terbaik dan lengkap dengan waranti.

Dan Motorola sendiri sudah tidak menjual sistem audio kereta tetapi memberi fokus kepada sistem radio dua-hala yang digunakan oleh radio-car (ah, tanya ibu bapa anda, apa itu radio-car!).