Menurutnya, sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan merancang perjalanan sebaiknya untuk keluar membeli barangan dan menjadi pengguna jalan raya berhemah serta mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengurangkan kesesakan.
"Kesalahan lalu lintas seperti memotong barisan, menyalahgunakan lorong kecemasan atau meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan pengguna jalan raya antara yang dikenal pasti menyebabkan kesesakan.
"Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap kenderaan yang gagal mematuhi peraturan lalu lintas di mana selain saman, polis juga akan menunda kenderaan yang menghalang lalu lintas bagi mengelak kesesakan.
"Masyarakat digalakkan menggunakan kemudahan pengangkutan awam yang disediakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya pada sidang media Program Berbuka Puasa Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur di Lapangan Bersama Petugas, di Jalan Raja Abdullah Kampung Bharu, di Kuala Lumpur pada Khamis.
Yahaya berkata, pihak polis akan sentiasa berusaha untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar pusat bandar.
- Tak kira lagi yang ke Seksyen 7 Shah Alam dan Bangi, dia punya sesak sampai rasa nak pengsan! -