Sekatan jalan raya mula dikurangkan bermula tengah malam ini

oleh Mohamad Hanif|
Pihak polis akan mengurangkan jumlah sekatan jalan raya (SJR) statik dan bergerak menjelang tengah malam ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah tersebut diumumkan susulan peralihan fasa yang membabitkan sebahagian negeri di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dari Fasa Dua kepada Fasa Tiga.

Laporan daripada Berita Harian menyebut, Ketua Penolong Pengarah Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kenteraman Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Ignatius Francis berkata, pengurangan SJR akan dilakukan secara berperingkat di seluruh negara.

Tambah beliau lagi, secara keseluruhannya, baki SJR yang akan kekal adalah sebanyak 309 SJR statik dan selebihnya merupakan SJR bergerak.

"Kesemua SJR ini masih kekal di lokasi pergerakan rentas negeri dan negeri yang masih kekal dalam kategori fasa dua PPN.

Antara lokasi SJR yang ditutup termasuklah lokasi sebelum Plaza Tol Sungai Besi dan laluan bertentangan menghala ke ibu negara, serta beberapa lokasi lain bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…
Berita Domestik
"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10…