Sekumpulan penunggang basikal halang kereta, polis jalankan siasatan

oleh Penyumbang Rencana|
foto tangkap layar dari video
Sekumpulan penunggang basikal kini dikesan apabila aksi mereka seolah-olah mengerumi sebuah kereta di Persiaran Dato Menteri di Shah Alam, baru-baru ini, tular.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku 9.30 malam, Selasa lalu dan aksi mereka dirakam kamera papan pemuka sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan pihaknya mendapati kumpulan penunggang basikal berkenaan menunggang di lorong kiri dan kanan jalan.

"Ini menyebabkan pemandu kereta terpaksa memperlahankan kenderaan akibat terhalang oleh kumpulan penunggang basikal terbabit.

 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 42 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan LN 166/1959," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mana-mana saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungipegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di 019-7757354.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, tindakan kumpulan terbabit boleh mengganggu ketenteraman awam selain mengancam…
Berita Domestik
Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, dua lelaki tempatan…
Berita Domestik
"Kumpulan ini dikenali sebagai Geng Acu dan empat daripada lima lelaki terbabit secara langsung…