Selain GR Yaris, Toyota ada satu lagi jentera rali - GR Starlet!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model jentera rali GR Yaris Rally1 yang kini menyertai acara perlumbaan WRC, Toyota Gazoo Racing juga sebenarnya mempunyai sebuah lagi jentera rali - digelar sebagai Toyota GR Starlet.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai makluman, GR Starlet ini sebenarnya menggunakan asas daripada Toyota Glanza generasi terdahulu yang merupakan 'kembar' kepada Maruti Suzuki Baleno, dan bukannya menggunakan asas daripada model terkini.

Daripada segi luaran, GR Starlet ini membawakan modifikasi seperti penambahan fender lebar depan dan belakang, hud berventilasi, skup bumbung, serta pemasangan spoiler besar di bahagian belakang.

Untuk keselamatan pemandu dan penunjuk arah, GR Starlet ini telah dipasangkan dengan sangkar keselamatan mengikut regulasi FIA.
 

GR Starlet


GR Starlet ini tidak langsung membawakan unit trenkuasa yang sama seperti model jalanan, sebaliknya ia dilengkapi dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter yang dipadankan dengan ECU Motec, sistem pacuan semua roda dan kotak gear jenis sekuential.

Selain itu, ia juga turut mendapat peredam Reiger, sistem brek Alcon beserta tayar perlumbaan.

Tiada sebarang angka kuasa kuda didedahkan, namun menurut laporan media tempatan, GR Starlet berkemungkinan besar mampu menghamburkan kuasa melebihi 200 hp.

Toyota GR Starlet membuat kemunculan sulung pada Cape Overberg Rally di Afrika Selatan, dengan bekas juara South African National Rally, Guy Botterill sebagai pemandu dan Simon Vacy-Lyle sebagai penunjuk arah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
  GR Circuit Edition kembali ditawarkan setahun lagi dan dalam warna Blue Flame selain Ice Cap…
Berita Global
Seperti contoh, bekas presiden Gazoo Racing Koji Sato yang juga pemilik sebuah AE86 mempunyai…