Selain smart, Proton dijangka tawar jenama EV lain kelak di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Proton kini sah menjadi pengedar dan penjual rasmi kenderaan elektrik berjenama smart untuk pasaran Malaysia dan Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model EV pertama smart #1 dijangka akan muncul di pasaran Malaysia pada suku keempat tahun 2023, diikuti dengan pasaran Thailand pada pertengahan tahun 2024.

Menariknya, selain daripada jenama automotif smart, Proton juga dilapor bakal menawarkan kenderaan elektrik daripada jenama-jenama Geely yang lain.
 

Zeekr


Menurut Pengarah Kanan Strategi Proton Yusri Yusuf berkata, kerjasama yang terjalin antara smart dan Proton adalah satu permulaan buat masa ini.

"Kami telah menjalankan beberapa kajian dari segi pemposisian dan segmentasi kenderaan elektrik, dan di dalam EV terdapat sekurang-kurangnya tiga segmentasi yang kami sedang lihat.

"Kami percaya kerjasama pertama dengan smart adalah untuk menumpukan perhatian kepada salah satu segmen yang diperkatakan.
 

Geometry A


Tambahnya lagi, berdasarkan perbincangan dengan Geely berhubung rangkaian produk secara keseluruhannya, pihak Proton lambat laun bakal menawarkan model baharu bagi memenuhi segmen lain yang telah diteliti sebelum ini.

Sebagai makluman, di bawah Geely kini terdapat beberapa buah jenama kenderaan elektrik selain daripada smart, seperti Polestar, Zeekr, Geometry,  serta sebuah jenama gaya hidup baharu sahaja dilancarkan - Radar Auto.
 

polestar


Tidak diketahui jenama automotif mana yang bakal dibawa masuk dan ditawarkan kelak, namun apa yang pasti daripada termeterainya perjanjian Proton dengan smart baru-baru ini, Proton tidak sekadar menumpukan perhatian kepada penawaran kenderaan elektrik bertaraf premium semata-mata.

Sama-sama kita nantikan perancangan yang bakal dibuat oleh Proton untuk pasaran tempatan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi eksklusif ini menawarkan peluang untuk menikmati penjimatan luar biasa apabila membeli…
Berita Domestik
Dalam tempoh 100 hari pertama itu, smart Malaysia telah menganjurkan smart Tech Insight Day, sebuah…
Berita Global
smart HY11 dijangkakan akan memasuki pasaran China dalam tahun ini, dan minivan tersebut akan…