Selamat atau tidak?

oleh SALINA JALIL|
Beberapa keping gambar telah disebarkan oleh orang ramai yang melalui Lebuhraya Grand Saga dan juga para pengguna MRT yang menggunakan stesen Taman Connaught tentang struktur yang kelihatan tergantung tanpa sokongan yang kelihatan merbahaya dan memudaratkan kepada orang ramai dan pengguna jalan raya.

 

Melalui Facebook PROLINTAS, mereka telah menerangkan bahawa pembinaan lebuhraya SUKE bagi pakej CA4 di kawasan tersebut menggunakan inovasi, satu kaedah teknologi yang dipanggil Balanced Cantilever Bridge.

 

‘Balanced Cantilever Bridge' ataupun Jejambat Julur Seimbang ini adalah salah satu teknologi pembinaan jejambat yang menggunakan kaedah gantungan sama rata dari struktur utama daripada bahagian tiang sehingga bahagian rentang dek jambatan. 

 

pic 1

 

Reka bentuk struktur julur ini akan menggunakan tetulang tegangan tinggi yang akan memegang semua struktur utama dek jambatan dengan acuan gerakkan tanpa memerlukan sokongan perancah (falsework) di bawahnya. 

 

Kebiasaannya kaedah ini diguna pakai apabila jejambat yang dibina merentasi jalan raya / lebuh raya, laluan keretapi ataupun sungai. Aspek keselamatan lain yang turut diambil kira juga adalah pemasangan jaring keselamatan bagi melindungi sebarang objek dari jatuh kebawah.

 

Sekarang sudah terjawab segala persoalan tentang tahap keselamatan struktur ini, anda tidak perlu curiga lagi!

 

pic 3

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain di laluan lebuh raya, kawasan yang dihiasi Jalur Gemilang adalah di bangunan pejabat operasi…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata idea…
Berita Domestik
Sebanyak 700 pek daging korban telah diedarkan kepada golongan tersebut yang tinggal berhampiran…