Selamat datang BMW 3 Series baharu!

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat BMW 3 Series yang tidak sabar menunggu kemunculan rasmi model ini nampaknya boleh menarik nafas lega apabila beberapa gambar rasmi telah didedahkan menerusi laman forum BimmerPost.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

BMW 3 Series ini menampilkan rekaan hadapan serba baharu dan ia turut merangkumi rekaan lampu utama (LED/Laser) yang lebih kecil dan berlekuk serta garisan rekaan bumper hadapan yang 'agak sibuk'. 


Penampilan profil elegan BMW 3 Series ini disumbangkan oleh jarak antara roda yang panjang sebelum diakhiri dengan pemasangan kit badan yang agresif. 

Manakala bahagian bumper belakang pula hadir dengan ciri ruang bukaan udara serta dua rekaan tip ekzos yang berlainan, iaitu tip bulat berkembar untuk 330i M Sport Package, dan tip trapezoid untuk varian M340i. 
 


Bahagian dalaman pula menampilkan panel instrumen digital bersaiz 12.3 inci dengan kebolehan paparan kustom, skrin tengah bersaiz 10.25 inci, roda stereng baharu, tempat duduk sports dan punat kawalan suhu yang diletakkan berasingan di bahagian tengah. 

Apa yang pasti, untuk model yang dilengkapkan dengan transmisi Sport Automatik, tiada sebarang imej tombol gear pada bahagian konsol tengah dikesan menerusi gambar yang ditunjukkan, jadi ia kekal misteri sehingga pelancaran rasmi model ini kelak. 
 


Terdapat empat warna baharu pilihan ditawarkan iaitu Dravit Grey, Tansanit Blue II, Citrin Black II dan juga Vermont Bronze. 

BMW bakal memperkenalkan secara rasmi model 3 Series ini pada acara Paris Motor Show yang akan bermula pada hari ini (2 Oktober 2018). 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan Vision Neue Klasse sebagai kelahiran semula BMW untuk era baharu, ia akan menumpukan pada…
Pelancaran
Tiga varian utama yang dimaksudkan itu ialah BMW 320i M Sport, BMW 330i M Sport serta sebuah model…
Berita Domestik
Untuk varian 320i M Sport Edisi Terhad, ia hadir dengan pakej penggayaan M Sport termasuklah rim…