Selamat datang ke Norway, Polestar Spaces!

oleh Mohamad Hanif|
Ketika syarikat penalaan di bawah jenama Volvo ini sedang bersiap untuk memulakan proses pra-produksi kenderaan mereka, dalam masa yang sama Polestar sedang di dalam perancangan untuk meluaskan jenama mereka ke seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi pembukaan bilik pameran pertama di Norway, ia merupakan antara lokasi yang mesra kenderaan elektrik (EV) yang menjadikan ia destinasi pertama pilihan syarikat daripada Sweeden itu. 

Sebelum ini kami pernah menyiarkan pasaran Norway kini dikuasai oleh Nissan LEAF, sebuah hatchback berkuasa elektrik sepenuhnya dengan jumlah jualan yang mengalahkan jumlah keseluruhan penjualan kenderaan berenjinkan petrol, diesel mahupun kenderaan hibrid. 

 


Ini merupakan antara sebab utama kenapa Norway dipilih, dan bukan Sweeden walaupun secara geografinya ia tidaklah begitu jauh daripada pejabat utama Volvo di Gothenburg. 

Menurut ketua Polestar Thomas Ingenlath, "Polestar Spaces (bilik pameran Polestar) adalah aspek utama di dalam menjenamakan semula pengalaman pemilikan kenderaan di kalangan para pelanggan, memandangkan Norway merupakan salah satu pasaran utama EV, mengapa tidak kami mulakannya di sini?"
 


Seperti yang diumumkan, Polestar Spaces hanya akan menjadi ruang pameran bagi kenderaan di bawah jenama Polestar sahaja, manakala segala urusan pembelian sehinggalah kepada khidmat selepas jualan akan diuruskan secara dalam talian. 

Bilik pameran Polestar Spaces hanya akan diuruskan oleh para pegawai yang tidak berkomisyen (non-commisioned executives) untuk membantu dari segi penerangan produk sahaja kepada para pelanggan.