Selamat jalan Acura NSX! Unit terakhir NSX Type S selesai dipasang di AS

oleh Mohamad Hanif|
Berakhir sudah era NSX generasi kedua, apabila Honda (Acura) telah selesai memasang unit terakhir supercar hibrid tersebut di Performance Manufacturing Center di Marysville, Ohio.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Unit terakhir itu merupakan sebuah NSX Type S yang diperkenalkan pada tahun lalu, dan angka produksi dihadkan kepada 350 unit sahaja.
 

NSX


Berbanding Acura NSX standard, NSX Type S ini telah diberikan peningkatan kuasa dengan menggunakan komponen perlumbaan.

Disebabkan itu, nadi V6 3.5 liter turbo itu berupaya menjana kuasa setinggi 600 hp dan 667 Nm, dengan pecutan 0-96 km/h kurang dari tiga saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 307 km/j.
 

NSX


Generasi kedua NSX telah pun ditamatkan penjualannya termasuk di Jepun memandangkan permintaan terhadap supercar hibrid itu tidak memberangsangkan.

Ia mungkin sekali akan dihidupkan semula sebagai sebuah supercar berkuasa elektrik pada masa hadapan, jika idea tersebut diluluskan oleh pegawai atasan Honda.
 

NSX

 

Baca: Acura NSX Type S 2022

Baca: 5 ciri menarik Acura NSX Type S

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk makluman, unit terakhir yang keluar dari barisan produksi merupakan sebuah NSX Type S, dengan…
Berita Global
Contoh yang agak menarik untuk ditampilkan kali ini ialah sebuah Acura NSX generasi pertama (lampu…
Berita Global
Bagi mereka yang mahukan sebuah Lamborghini pada harga kos yang jauh lebih murah, replika merupakan…