Selamat menyambut ulang tahun ke-30, Mercedes 190E 2.5-16 Evolution II!

oleh Mohamad Hanif|
Mac 1990, jentera Mercedes-Benz 190 E 2.5-16 Evolution II (atau Evo II) diperlihatkan secara rasmi menerusi acara Geneva Auto Show.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Melihatkan kepada kejayaan yang dikecapi oleh model Evolution I, Mercedes-Benz hanya menawarkan Evolution II sebanyak 502 unit sahaja, dan kesemua unit habis terjual sebelum sempat ia dipamerkan pada acara Geneva Auto Show.

 


Model DTM untuk kegunaan jalan raya ini didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris short-stroke bersesaran 2,463 cc dan dengan AMG PowerPack, ia mampu menjana 232 kuasa kuda dan 245 Nm daya kilas.

Model ini juga turut dilengkapi dengan sistem suspensi boleh laras SLS, kit badan lengkap termasuklah sayap belakang gergasi boleh laras dan set rim Evolution II bersaiz 17 inci.

 


Kit badan yang direka oleh Prof. Richard Eppler dari University of Stuttgart ini didakwa mampu mengurangkan kadar pekali seretan kepada 0.29 dan dalam masa yang sama mampu meningkatkan daya turun jentera!

Sebanyak 500 unit telah dilayangkan dengan warna blue/black metallic blauschwarz namun dua unit terakhir dengan nombor siri 501 dan 502 didatangkan dengan warna astral silver, menjadikan antara yang paling 'rare' di dalam model-model Evolution.

 


Setelah 30 tahun berlalu, jentera Evolution II ini kekal menjadi identiti ikonik Mercedes-Benz, dan salah sebuah jentera yang paling kacak dalam sejarah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…