Selamat tinggal gril besar - Audi mahu merevolusikan semula rekaan gril hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Perlumbaan 'gril siapa yang paling besar' di kalangan para pengeluar automotif sebenarnya sudah lama dimulakan oleh Audi sebelum menjadi trend, dan kini Audi sudah bosan dengan kehadiran gril besar pada model-model terbaharu mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut ketua rekaan luaran Audi, Andreas Mindt mereka membuat keputusan untuk tidak meneruskan rekaan sebegitu, sebaliknya akan bermain dengan konsep yang tidak pernah diperlihatkan sebelum ini. 

Tambah beliau, "apabila rangka diwarnakan hitam, ia nampak begitu besar, namun apabila warna badan diaplikasikan (kepada rangka tersebut), ia nampak lebih kecil, dan daripada situ terdapat beberapa perkara menarik yang boleh kami ambil idea."
 


Ini bermakna, gril hadapan Audi tidak akan lagi membesar seperti mana yang dilakukan oleh pengeluar lain seperti BMW dan Toyota. 

Apakah konsep baharu yang bakal diaplikasikan oleh Audi pada bahasa rekaan kereta masa hadapan mereka? 

 


Adakah sesuatu yang menarik bakal keluar daripada celah-celah gril itu?

Berita Berkenaan

Berita Global
Pelbagai teknologi dan ciri-ciri yang ditawarkan sehingga ia membuatkan suatu kenderaan itu…
Berita Global
Untuk meraikan pencapaian tersebut, Geely telah menghasilkan Boyue edisi khas yang membawakan…
Berita Global
Berdasarkan penemuan yang dibuat oleh Ford Authority menerusi pejabat pendaftaran paten Amerika…