Selangor kutip RM392,000 daripada penumpang warga asing

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan Selangor mengutip sebanyak RM392,000 daripada warga asing yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor sejak dikuatkuasakan pada Mac 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, pada masa ini caj 90 sen dikenakan kepada warga asing setiap kali mereka menaiki Bas Smart Selangor.

Menurutnya, kadar warga asing menggunakan perkhidmatan awam itu berdasarkan purata imbasan (ridership) adalah seramai 20,500 orang sebulan.

"Sehingga kini, terdapat 140 Bas Smart Selangor di 44 laluan yang ditetapkan di semua pihak berkuasa tempatan ( PBT) berkaitan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Ditanya adakah kerajaan Selangor bercadang menaikkan kadar caj 90 sen kepada warga asing, Sze Han memberitahu, setakat ini tiada cadangan mengenai perkara itu.

"Perkhidmatan awam lain seperti sekolah dan hospital turut mengenakan caj kepada warga asing, jadi kita tidak sepatutnya melihat caj 90 sen ini sebagai satu bentuk diskriminasi kepada mereka (warga asing).

"Keutamaan kerajaan negeri pada masa ini ingin menggalakkan rakyat di negara ini khususnya di Selangor menggunakan pengangkutan awam termasuk Bas Smart Selangor," ujar beliau.

Berita Berkenaan

Informasi
  Katanya, kerajaan negeri menanggung kos pengurusan bas Smart Selangor kira-kira RM50 juta bagi…