Beliau berkata, Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han akan terlibat dalam perbincangan dengan pihak RapidKL untuk mengaturkan perkara tersebut.
Koordinasi bas-bas berkenaan akan diselaraskan dengan RapidKL untuk mengelakkan pertindanan perjalanan bas sedia ada yang akan diletakkan di sebahagian daripada 160 laluan bas.
"Perkara ini penting kerana sebahagian bas sedia ada mempunyai laluan tersendiri, penyelerasan ini akan membantu dari segi kelancaran dan penggunaan perkhidmatan sebaik mungkin," katanya.
Perkhidmatan LRT antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung selama tujuh hari bermula jam 6 pagi Selasa selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang serta masa yang akan diambil untuk mengenal pasti punca gangguan perkhidmatan.