Selangor sasar 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025

oleh Mohamad Hanif|
Selangor menyasarkan pemasangan sebanyak 10,000 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) menjelang tahun 2025 menerusi kolaborasi antara kerajaan Selangor dan pihak swasta dengan nilai pelaburan RM10 juta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk permulaan, sebanyak 1,000 stesen pengecasan akan dibina dan dijangka siap pada tahun 2022.

Perkara tersebut disentuh ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2022 oleh Menteri Besarnya, Dato' Seri Amirudin Shari semalam.

Selain daripada itu, kerajaan Selangor juga merancang untuk menawarkan beberapa insentif kepada perniagaan dalam usaha untuk merancakkan lagi peralihan kepada kenderaan elektrik pada masa akan datang.

Tambah Amirudin, kerajaan negeri bersedia untuk menerima sebarang permohonan kolaborasi dan kerjasama daripada sektor swasta, khususnya syarikat tempatan yang terlibat dalam bidang teknologi hijau.

Sumber: Selangor Journal

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sembilan kesalahan trafik akan diberikan fokus khusus, termasuk memandu melebihi had laju,…
Informasi
Menurut beliau, usia sesuatu jalan raya itu kebiasaannya hanya mampu bertahan antara 20 hingga 25…
Berita Domestik
Katanya, hasil semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku pada jam 9.…