Selangor tawar subsidi lesen motosikal bermula 1 Mac

oleh Mohamad Hanif|
Permohonan subsidi RM350 untuk mengambil lesen motosikal kepada golongan belia akan dibuka mulai 1 Mac ini, kata EXCO pembangunan generasi muda dan sukan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mohd Khairuddin Othman berkata, borang permohonan akan diedarkan ke setiap pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pemilihan akan dibuat Bahagian Pembangunan Generasi Muda Majlis Sukan Negeri Selangor.

“Selain itu kita juga merancang adakan beberapa program untuk dapatkan peserta bagi program ini. Kita sedang atur kawasan mana program akan diadakan.

“Keutamaan akan diberikan kepada anak muda dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan atau miskin bandar,” katanya kepada SelangorKini.

Belanjawan Selangor 2020 memperuntukkan RM1 juta bagi Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).

Ia dijangka memberi manfaat kepada hampir 3,000 anak muda terutama golongan miskin bandar.

Sumber: SelangorKini

Berita Berkenaan

Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…
Berita Domestik
Ujarnya, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan…
Informasi
Menurutnya, selepas perincian dimuktamadkan, ia akan dibentangkan terlebih dahulu kepada Timbalan…