Selenggara peralatan pesawat, Destini menang kontrak RM33.05 juta Kementerian Pertahanan

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Destini Bhd menerusi anak syarikatnya, Destini Prima Sdn Bhd (DPSB) berjaya memperoleh kontrak bernilai RM33.05 juta daripada Kementerian Pertahanan untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan bagi peralatan keselamatan dan survival kelengkapan pesawat.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kontrak tiga tahun itu bermula hari ini (Isnin) hingga 10 November 2027.

"Syarikat juga diminta menyediakan bon prestasi sebanyak RM550,800 serta melaksanakan 'Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) – Ready to Work' dan kos ditanggung oleh DPSB," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu tersebut berkata, kontrak baharu itu melonjakkan nilai perolehan kontrak melebihi RM800 juta yang sekali gus meningkatkan aliran pendapatan kumpulan sehingga 2027.

Pengarah Eksekutif Destini, Ismail Mustaffa, berkata kontrak berkenaan dijangka membawa kesan positif kepada prestasi kewangan Destini, menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan dan mengukuhkan aset bersih bermula pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025, serta sepanjang tempoh kontrak.

"Nilai perolehan kontrak syarikat semasa kami meningkat kepada kira-kira RM824 juta manakala nilai tender dianggakan kira-kira RM777 juta.

"Kontrak ini mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi kumpulan untuk mengekalkan piawaian tertinggi dalam penyenggaraan dan keselamatan aset kritikal tentera udara," katanya.

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tumpuan Utama: Kesiapsiagaan Pertahanan Negara Perdana Menteri menegaskan bahawa keutamaan dalam…
Berita Domestik
"Tempoh kontrak yang tamat pada 30 Jun 2025 telah dilanjutkan selama 18 bulan lagi, dari 1 Julai…
Berita Domestik
  Namun, apabila firma yang pertama tidak dapat membuat penyerahan mengikut tempoh yang diberikan…