Menurut laporan daripada Wall Street Journal, ia adalah disebabkan oleh krisis kekurangan bekalan cip yang mengakibatkan gangguan terhadap industri untuk tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.
Untuk tempoh tahun penuh 2021, Toyota mencatatkan jualan 2.3 juta unit kenderaan, atau peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

Dalam pada itu, General Motors sekadar mencatatkan jualan sebanyak 2.2 juta kenderaan, atau penurunan sebanyak 13 peratus berbanding tempoh yang sama dan sebagai makluman, jumlah perbezaan jualan kenderaan antara Toyota dan General Motors adalah sebanyak 114,000 unit.
Untuk tahun ini juga, General Motors didapati ketinggalan dari segi prestasi jualan untuk tempoh suku kedua, suku ketiga dan suku keempat, meskipun Toyota mencatatkan penurunan angka jualan sebanyak 30 peratus pada suku keempat pada tahun ini.
Sumber: Wall Street Journal