Selepas enam tahun, Acura undur diri dari pasaran China

oleh Mohamad Hanif|
Usaha untuk mendapat secebis pegangan dalam pasaran terbesar di dunia nampaknya tidak menjadi, dan Acura secara rasmi mengundurkan diri setelah jenama itu muncul buat kali pertama pada tahun 2016 menerusi kerjasama dengan GAC.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Dua model GAC Acura yang masih wujud - CDX dan RDX - akan terus dijual sehingga kesemua stok habis, dan para pemilik Acura sedia ada masih lagi boleh terus menghantar kenderaan mereka untuk diservis di pusat pengedar GAC Honda, manakala para pekerja Acura sedia ada akan diserap masuk ke cawangan Honda.
 

CDS


Di pasaran yang sedia tepu dengan pelbagai jenis jenama automotif, Acura mencatat prestasi jualan terbaik pada tahun 2019 dengan jualan sebanyak 14,701 unit. Tahun lalu, jenama itu sekadar mencatat angka jualan sebanyak 6,554 unit sahaja.

Acura bukanlah satu-satunya jenama premium yang sukar mendapat tempat di sana, malah jenama Infiniti dan DS juga turut menghadapi masalah yang serupa.
 

CDX


Ini kerana jenama-jenama mewah yang sudah ternama seperti BMW, Mercedes-Benz dan Audi lebih mendapat tempat di pasaran tersebut.

Menurut kenyataan Honda, segala sumber sedia ada akan disalurkan bagi memperkukuhkan barisan model e:NP yang bakal diperkenalkan di pasaran China kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Panggilan semula itu menjejaskan lebih 750,000 unit kereta Honda dan Acura keluaran dari 2020…
Berita Global
Perkara itu disahkan sendiri oleh CEO Honda, Toshihiro Mibe dalam satu temubual oleh laman Autocar…
Berita Global
Menurut laporan, masalah ini berpunca daripada komponen pendesak pam bahan api yang tidak dibentuk…