Selepas EQ C, Mercedes rancang hasilkan sedan elektrik EQ S, hatchback EQ A dan 130 buah model EV lagi!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah melancarkan SUV elektrik sepenuhnya di bawah subjenama EQ, Mercedes-Benz masih mempunyai beberapa perancangan untuk memperkenalkan lebih banyak penawaran kenderaan elektrik pada masa akan datang.

Terbaharu, menurut laporan daripada Autocar, Daimler kini sedang merancang untuk mengeluarkan sedan kelas mercu (flagship) berkuasa elektrik yang akan diposisikan bersama S-Class akan tetapi dimensi yang lebih kurang serupa dengan CLS.

Model yang diberi nama EQ S ini akan mengguna pakai platform kenderaan elektrik yang khusus serba baharu dan bakal menampilkan dua buah motor elektrik yang mampu menjana kuasa setinggi 402 kuasa kuda dan 765 Nm.


Sekiranya EQ C dirancang pembangunan dan produksinya di kilang Bremen, EQ S pula bakal diproduksikan di kilang utama Daimler Sindelfingen, Stuttgart yang akan bermula musim panas akan datang.

EQ S dijangka akan menembusi pasaran sekitar tahun 2020, seiring dengan pengenalan hatchback kompak EQ A.

 


Jika anda menyangka Mercedes-Benz akan berpuas hati dengan tiga model sahaja, anda silap kerana menurut laporan, kira-kira 130 buah EV kini sedang menunggu giliran untuk direalisasikan termasuklah model plug-in hybrid dan EQ Boost mild hybrid.

Malah, Mercedes-Benz juga dilaporkan bakal melancarkan model pesaing kepada Tesla Model 3, crossover kompak, serta kereta sports berkuasa elektrik di bawah lencana Mercedes-AMG pada masa akan datang.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Generasi pertama sistem ABS ini dibangunkan berdasarkan idea daripada sistem anti-skid yang…
Berita Domestik
Sebut sahaja pasaran baik-pulih terpakai atau reconditioned (recond), kebanyakan syarikat kereta…
Berita Global
Dengan jumlah carian sebanyak 7.8 juta sebulan, Toyota kini menjadi jenama automotif paling popular…