
Kawasan kejiranan di Jepun memang sesuai untuk EM1 e: manakala di Eropah Honda menyasarkannya kepada orang muda di kampus pengajian.
Di Malaysia? Juga sesuai daripada subsidi petrol RON95 dibazirkan begitu sahaja.
Motor elektrik EF16M AC dipasang di dalam roda belakang dan mempunyai output 1.7kW (2.3ps) pada 540 rpm dan tork 90Nm pada 25 rpm.
EM1 e: dilengkapi mod ECON yang boleh menyekat kuasa motor dan menjadikannya lebih jimat tenaga.

Bateri Honda Mobile Power Pack e: yang dicabut perlu disambungkan pada pengecas Honda Power Pack Charger e:.
Tempoh pengecasan dari sifar hingga penuh memerlukan sekitar enam jam. Tidak terlalu lama dan boleh cas pada waktu malam atau beli bateri tambahan.
Dari segi dimensi, EM1 e: berukuran 1,795 mm panjang, lebar 680 mm, tinggi 1,080 mm dan tinggi pelana 740 mm.
Beratnya pula 92 kilogram dan satu perkara menarik apabila Honda memaklumkan kapasiti tunggangan hanya seorang berbanding dua untuk EM1 e: Eropah.

Dari segi praktikaliti, terdapat ruang simpanan di sebelah pek bateri bagi menyimpan barangan kecil.
Poket di bawah hendal boleh memuatkan botol plastik 500 ml dan turut dilengkapi slot USB Jenis A untuk pengecasan peranti.
Maklumat seperti kelajuan, jam, baki tenaga bateri dan sebagainya dipaparkan pada meter digital penuh.
Brek EM1 e: menggunakan sistem yang membahagikan daya pembrekan kepada roda depan dan belakang mengikut nisbah bersesuaian.

Honda menyasarkan untuk menjual 3,000 unit EM1 e: setahun di Jepun dan ditawarkan pada harga 299,200 yen (RM9,908).
Jumlah itu termasuk Honda Mobile Power Pack e: yang berharga 88,000 yen (RM2,913) dan 55,000 yen (RM1,821) untuk Honda Power Pack Charger e:.
Ada dua warna yang ditawarkan iaitu Pearl Sunbeam White dan Digital Silver Metallic.
EM1 e: diimport dari China dan dikeluarkan oleh Wuyang-Honda Motor (Guangzhou) Co., Ltd.
Penulis: Muhammad Md Tajudin