Selepas Volvo, Renault pula mahu hadkan kelajuan kepada 180 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun tindakan Volvo yang mahu mengehadkan kelajuan kenderaannya kepada 180 km/j dilihat kurang bijak, namun ia sebenarnya merupakan satu permulaan dalam memastikan kenderaan mereka lebih selamat dipandu, dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko kecederaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Nampaknya, langkah tersebut bakal diikut oleh Renault tidak lama lagi, di mana dalam satu pengumuman strategi tanggungjawab sosial korporat (CSR) terbaharu, Renault bakal memperkenalkan had kelajuan 180 km/j tidak kira apa jua model kenderaan.

Namun untuk model elektrik seperti Renault Megane E yang bakal menjalar di atas jalan raya pada awal tahun 2022, ia bakal memiliki had kelajuan 160 km/j bertujuan untuk menjaga ketahanan trenkuasa.

Renault E juga merupakan model pertama yang dilengkapi dengan kawalan jelajah aktif yang akan mengikut had kelajuan jalan raya bergantung kepada papan tanda dan juga data geolokasi.

Sumber: Caradisiac

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kejadian tersebut, pemandu Jonathan Long Junwei dan empat penumpang - Eugene Yap Zheng Min,…
Berita Domestik
  Menurutnya, kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong semalam untuk mengkaji…
Berita Global
Menurut laporan daripada media tempatan, langkah ini juga merupakan sebahagian daripada ikrar datuk…