Selisih faham ketika memandu, media dihalang buat liputan

oleh Penyumbang Rencana|
foto kejadian
Pengamal media dihalang membuat liputan kes membabitkan seorang lelaki yang didakwa mencederakan seorang pelajar sekolah menengah akibat perselisihan faham semasa memandu ketika prosiding di Mahkamah Majistret di Kajang pada Khamis.

Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon perintah larangan itu semasa prosiding berhubung jaminan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

"Pihak pendakwaan memohon perintah larangan untuk menghalang mana-mana pihak termasuk media daripada menerbitkan, menyiarkan atau menyebarkan apa-apa yang berkaitan dengan kes ini sehingga kes selesai,” kata Kalmizah.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan tidak memberikan alasan terperinci berhubung permohonan itu.

Peguam Mohammad Syarifuddin Zaid, yang mewakili tertuduh berkata, pihaknya tidak membantah permohonan pendakwaan.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan berkenaan.

Selepas majistret membuat keputusan itu, pihak media yang berada di galeri awam bagi membuat liputan sejak awal prosiding beredar dari mahkamah.

Pada Rabu, pihak media menerima makluman dan jemputan bagi membuat liputan kes berkenaan di Mahkamah Majistret Kajang.

Pada 14 Mac, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun bagi membantu siasatan selepas tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang pelajar mengalami kecederaan pada hidung apabila didakwa dipukul seorang lelaki akibat perselisihan faham semasa memandu di Saujana Impian di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abd Yusof berkata, mangsa berusia 17 tahun membuat laporan polis pada jam 9.24 malam hari kejadian (14 Mac), memaklumkan dipukul suspek sekitar 2.15 petang.

Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kajang dan disahkan mengalami kecederaan retak pada tulang batang hidung.

Siasatan turut mendapati remaja terbabit tidak memiliki lesen memandu dan telah dikenakan saman trafik. 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dua kali ganda melebihi…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, lelaki itu sebagai pemandu kereta jenis Honda Jazz dituduh memandu secara…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Penampang Superintenden Sammy Newton berkata, tertuduh adalah individu yang…