Seludup 1650 liter RON95, penyeludup gerak berkumpulan tetapi isi petrol berasingan

oleh Penyumbang Rencana|
Operasi bersepadu melibatkan Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor telah berjaya menggagalkan dua kes penyeludupan barang kawalan bersubsidi di kawasan sempadan Kelantan.

Operasi yang dijalankan pada jam 7.00 pagi Jumaat di kawasan Pengkalan Kubor ini menghasilkan sitaan melibatkan kenderaan dan sejumlah 1650 liter minyak petrol bersubsidi
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Serbuan pertama di sebuah rumah, Kampung Geting, Tumpat, pasukan operasi berjaya menyita sebuah kereta Proton Wira Aeroback bernombor pendaftaran tempatan, dianggarkan bernilai RM5,000.00 dan 825 liter minyak petrol bersubsidi, dengan nilai RM1,691.25.

Serbuan kedua dilakukan di Jalan Kasban, Tumpat, di mana pasukan bersepadu menyita sebuah Proton Gen2 bernombor pendaftaran tempatan, dianggarkan bernilai RM5,000.00 bersama 825 liter minyak petrol bersubsidi bernilai RM1,691.25.

Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, taktik terbaharu adalah setiap kenderaan yang dipandu penyeludup itu akan dipenuhi tong plastik mengandungi petrol yang diisi di stesen minyak sekitar Tumpat secara berulang.

Penyeludup ini bergerak dalam kumpulan tapi isi minyak secara berasingan sebelum melalui jalan pintas yang tidak perlu melepasi pos kawalan untuk ke pangkalan haram di Pengkalan Kubor.

Walau bagaimana pun saspek telah berjaya melarikan diri dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Bacaan sepenuhnya di Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, Phatcharee didakwa memiliki bahan kawalan berjadual itu sebanyak 60 liter yang…