Seludup dadah guna Mercedes-Benz, dua lelaki ditahan

oleh Hamimah Hamid|
MODUS operandi dua lelaki menyeludup dadah meggunakan kereta terbongkar selepas mereka ditahan bersama 51.5 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di Kuala Kangsar, Sabtu lalu

Kedua-dua lelaki berusia 31 dan 33 tahun terbabit ditahan pukul 4.10 petang ketika membawa methamphetamine bernilai RM2.57 juta di dalam kereta jenis Mercedes Benz.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, sindiket terbabit dipercayai mula aktif sejak bulan Disember tahun 2023.

 

"Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah mendapatkan bekalan dadah di negeri sebelah utara dan diseludup masuk dengan menggunakan kereta untuk diedarkan di sekitar kawasan Kuala Kangsar dan untuk pasaran negeri Perak. 

Antara dadah yg berjaya dirampas dalam kereta

"Kedua-dua suspek dipercayai bertindak sebagai pengangkut dengan masing-masing memperoleh upah RM500 dan RM50,000," katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPF) Kuala Kangsar.

 

Kok Chin berkata, saringan awal polis juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah methamphetamine dan salah seorang suspek mempunyai rekod lampau pelbagai kesalahan kes dadah. 

 

Ujar beliau, dadah yang dirampas daripada kedua-dua lelaki terbabit dianggar boleh diguna oleh 500,000 orang penagih dadah. 

 

"Suspek telah direman selama 7 hari bermula 17 Mac bagi membantu siasatan. 

 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952," katanya.