Seludup petrol: Proton Wira diubahsuai dengan tujuh tangki!

oleh SALINA JALIL|
Tanah Merah: Sebuah kereta jenis Proton Wira dikesan mempunyai tujuh tangki ubahsuai bagi tujuan penyeludupan petrol ke Thailand.


Tangki ubahsuai itu terdapat di bahagian hadapan dan belakang penumpang, termasuk di bahagian but belakang kenderaan yang mampu memuatkan ratusan liter petrol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kenderaan yang digunakan untuk kerja penyeludupan itu ditahan di sebuah stesen minyak di Batang Merbau, di sini oleh sepasukan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu operasi kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

 

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri, berkata daripada pemantauan dan risikan yang dijalankan, kenderaan itu sedang membuat pengisian di pam di stesen minyak berkenaan dalam keadaan meragukan.

 

“Serbuan terus dilakukan, namun suspek menyedari kehadiran anggota penguatkuasa sebelum melarikan diri dengan meninggalkan kereta berkenaan.

 

“Hasil pemeriksaan, suspek membuat pengisian bahan bakar iaitu minyak petrol Ron 95 dianggarkan sebanyak RM355.71,” katanya dalam satu kenyataan media.

 

Azanizam berkata, suspek gagal dikenalpasti dan berkemungkinan warga asing.

 

Katanya, pemilik stesen minyak juga sudah diambil keterangan dan disyaki melakukan kesalahan kerana melanggar arahan Pengawal Bekalan Malaysia.

 

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Untuk rekod, kes penyeludupan bahan api di sempadan yang membabitkan kenderaan dan stesen minyak bagi Januari sehingga Mac 2020 adalah sebanyak lapan kes manakala kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 pula sebanyak 31 kes,” katanya.

 

 

 

Sumber:BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Terima kasih kepada mereka yang sudah membantu saya semalam. Semoga dimurahkan rezeki,” kata…
Berita Global
Ini kerana kenderaan Singapura yang hendak memasuki Malaysia perlu mematuhi peraturan jumlah…
Informasi
  Pengeluar-pengeluar kereta dikatakan biasanya memperuntukkan ruang sekurang-kurangnya 3.8 liter…