SEMA 2022: Nissan Z GT4 dilancarkan, jentera lumba untuk golongan amatur, profesional

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara SEMA 2022, Nissan mengumumkan kehadiran model baharu Nissan Z GT4 serta perincian bagi program GT4 Nissan di peringkat global.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Nissan Z GT4 kini membawakan liveri unik yang merujuk kepada warisan sejarah perlumbaan Nissan masa lalu.
 

23


Angka 23 yang dipaparkan pada hud hadapan merupakan nombor eksklusif Nissan (2 - Ni, 3 - San dalam bahasa Jepun) yang digunakan pada era 70-an.

Logo Z baharu pada panel belakang pula merupakan interpretasi moden terhadap lencana asal 240Z dan Fairlady Z.
 

GT4


Dari segi kuasa, ia membawakan nadi VR30DDTT 2,997 cc yang ditala semula oleh NISMO dengan kuasa setinggi 450 hp dan daya kilas 600 Nm.

Selain daripada casis yang direka khusus untuk perlumbaan, Nissan Z GT4 ini juga turut menampilkan sayap belakang yang besar, komponen aerodinamik, brek Brembo, serta rim Rays 18 inci.
 

Nissan Z GT4


Ruang kabin Z GT4 ini nyata lebih ringkas tanpa sebarang skrin digital seperti model standard, selain dipasangkan dengan sangkar keselamatan, tempat duduk perlumbaan, roda stereng bawah rata, serta suis kawalan yang terletak di konsol tengah.

Pembangunan Nissan Z GT4 ini bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan pelumba profesional, malah Nissan berharap ia boleh dinikmati oleh golongan pemandu amatur yang mahu merasai sendiri prestasi dinamik yang mengujakan ditawarkan oleh model Z ini.
 

GT4


Kos untuk sebuah kereta lumba Nissan Z GT4 ini bermula dari $229,000 (RM1,085,002) sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi penggemar kereta dengan enjin pembakaran dalaman asli, berita ini pasti akan menggembirakan…
Berita Global
Baru-baru ini, pada acara SEMA 2022 yang diadakan di Las Vegas, Dodge telah mendedahkan konsep…
Berita Global
Ini mungkin sekali projek modifikasi yang agak gila yang dipamerkan pada acara SEMA 2022 tahun ini…