SEMA: Ringbrothers bawakan Dodge Charger dengan nadi V8 Hellephant 6.2 liter, 1000 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Acara SEMA Show yang bakal berlangsung di Las Vegas pada tahun ini bakal menampilkan kerja modifikasi paling gila pernah dibuat - memuatkan enjin V8 Hellephant 6.2 liter supercharger ke dalam sebuah Dodge Charger 1969.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Projek ini dijalankan oleh Ringbrothers, di mana sebelum enjin bersesaran 426 inci padu itu dipasang, mereka telah memposisikan firewall kustom sebanyak 63.5 mm ke belakang - menyumbang kepada pengagihan berat yang lebih baik.
 

RV


Bukan itu sahaja, Ringbrothers turut menggunakan casis kustom daripada Roadster Shop Fast Track, di mana roda hadapan telah dianjakkan sebanyak 20.8 mm ke hadapan, menjadikan jarak antara roda kini bertambah panjang.

Sistem gantungan Fox RS SV telah digunakan, diikuti dengan angkup brek enam omboh Baer Extreme 6S.
 

RB


Dodge Charger ini dipadankan dengan rim "Tusk" Edition HRE bersaiz 19x10.5 di hadapan dan 20x13 di bahagian belakang, diikuti balutan getah Michelin Pilot Sport 4S.

Berbalik semula kepada kuasa, enjin Hellephant itu tadi mampu menyalurkan kuasa kepada roda belakang menerusi transmisi manual Bowler Tremec T-56 Magnum enam nisbah kelajuan menerusi aci pemacu gentian karbon QA1 Custom REV Series dan rear end Strange Engineering Ford sembilan inci.
 

RV


Untuk bahagian luar pula, Ringbrothers telah memadankan panel keliling jeriji yang diperbuat daripada gentian karbon, serta beberapa komponen yang telah direka semula seperti bampar depan, perumah lampu kabus, spoiler dagu dan bampar belakang.

Keseluruhan panel luaran Dodge Charger ini dilayangkan dengan warna 'Black to the Future' yang dikontraskan dengan warna emas di bahagian belakang, serta tidak ketinggalan rim HRE yang turut diwarnakan emas.
 

RC


Ruang kabin pula menampilkan kemasan kulit hitam oleh Upholsteri Unlimited, serta perkakasan gentian karbon seperti konsol, roda stereng, serta tombol gear 'pistol-grip'.

Gugusan panel meter juga kini merupakan unit serba baharu, diikuti dengan sistem Vintage Air HVAC, dan sistem audio JL.