SEMA360: Toyota perlihat model prototaip GR Supra Sport Top 2021

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan pertunjukan SEMA360 Showcase, Toyota mengambil kesempatan untuk memperlihatkan tiga model iaitu prototaip Toyota GR Supra Sport Top 2021, GR Supra Heritage Edition 2020, serta konsep trailer TRD-Sport untuk trak pikap Tacoma.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota GR Supra Sport Top 2021 


Ini merupakan model prototaip yang dibangunkan berdasarkan GR Supra Heritage Edition yang menampilkan elemen rekaan dan naiktaraf yang serupa, namun didatangkan dengan bumbung yang boleh dialihkan. 

Rekaan bumbung tersebut dibina dengan menggunakan bahan komposit dicetak secara 3D-printing yang mengikut kembali garis badan asal Supra, dan membolehkan Supra mengekalkan struktur windshield. 
 


Namun, pengukuhan tambahan telah dibuat kepada struktur luar bumbung serta perlindungan terhadap bawah badan bermula dari bahagian enjin sehinggalah ke belakang. 

Kemasan luaran yang boleh diperhatikan adalah diffuser belakang yang dibina semula, tetapan ekzos baharu dengan paip berkembar di bahagian tengah, sayap belakang diinspirasikan daripada Supra Mk4, lampu belakang dengan elemen bulat dan layangan warna putih Absolute Zero. 

 

 

2020 GR Supra Heritage Edition


Model ini sebenarnya telah pun diperlihatkan pada tahun 2019, namun pihak Toyota membuat keputusan untuk memberikan sedikit kemasan terhadap GR Supra Heritage Edition 2020 ini. 

Selain daripada perubahan seperti lampu utama yang diinpsirasikan daripada Supra Mk4, dan enjin yang telah ditala semula supaya mampu menghasilkan 500 kuasa kuda, Toyota telah menambah sistem brek yang lebih besar, serta sistem suspensi custom di hadapan dan belakang. 

 

 

TRD-Sport Trailer


Selain daripada kembar Supra itu tadi, Toyota turut sama memperlihatkan sebuah solusi 'basecamp' yang dihasilkan khusus untuk para pencinta off-road. 

TRD-Sport Trailer dibangunkan untuk diletakkan di belakang trak pikap Toyota Tacoma, dan menampilkan beberapa ciri seperti scissor-lift, khemah Yakima yang mampu memuatkan empat orang lengkap dengan awning, jamban kustom, ruang sampah, peti sejuk kecil, pemanas air dan ruang mandi. 
 


Untuk memberikan kuasa kepada peralatan elektrik itu tadi, Toyota telah memasang sebuah generator, bateri Optima Yellow Top, serta terdapat tangki simpanan air bersih 16 gelen, tangki simpanan sisa air 15 gelen, serta sistem sinki dan dapur jenis gelongsor. 

Sistem pencahayaan menggunakan lampu LED daripada RIGID A-Series Accessory, sementara tayar yang digunakan adalah General Grabber X3 285/70 R17 yang membaluti rim TRD Pro. .