Sembilan SUV Mewah paling selamat di dunia

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

SUV, SUV dan SUV. 

Entah kenapa, trend pemilikan kini beralih arah kepada SUV (termasuklah crossover dan trak pikap) dan sekaligus mengenepikan pasaran sedan dan hatchback tradisional yang suatu ketika dahulu menguasai jalanan. 

Namun, pemilihan SUV juga perlulah bertepatan dengan pakej keselamatan yang ditawarkan, kerana tidak ramai yang sedar akan kepentingan perkara ini. 

Bergantung kepada pakej luaran sahaja adalah tidak mencukupi untuk melindungi anda daripada sebarang malapetaka, terutama ketika pulang ke kampung halaman. 

Jadi, kami cuba senaraikan model SUV (mewah) yang paling selamat di atas jalan menurut penarafan yang diberikan oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) and National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA).

Walaupun kedua-dua piawaian tersebut sebenarnya lebih ketat berbanding negara kita, ia boleh dijadikan sebagai rujukan untuk kita memilih SUV yang selamat. 

Kesemua SUV yang disenaraikan ini berjaya memperoleh penarafan Top Safety Pick atau Top Safety Pick+ daripada IIHS, dimana sekurang-kurangnya SUV perlulah skor dengan baik (Good) dalam perkara berikut: 

  • pelanggaran sisi hadapan kecil (sebelah pemandu)
  • pelanggaran sisi hadapan kecil (sebelah penumpang)
  • pelanggaran overlap hadapan
  • pelanggaran sisi
  • kekuatan struktur bumbung
  • ujian kekangan kepala (head restraint)
  • prestasi lampu hadapan (bagi mengelakkan pelanggaran waktu malam) Good/Acceptable

Selain daripada itu, ciri standard atau opsyen brek kecemasan autonomi perlu mendapat penarafan Advanced atau Superior untuk melayakkan sesebuah model mendapat Top Safety Pick.

Bagi Top Safety Pick+ pula, sesebuah kenderaan perlulah mempunyai skor Good untuk perlindungan pelanggaran overlap (sebelah penumpang) selain prestasi lampu hadapan yang baik. 

Berikut merupakan senarai sembilan SUV yang paling selamat: 

 

Acura RDX


Acura RDX (tiada untuk pasaran Malaysia) menerima penganugerahan Top Safety Pick+ daripada IIHS untuk tahun 2019.

Acura RDX juga memperoleh skor lima bintang dalam ujian pelanggaran oleh NHTSA. 

 

Audi Q8


Audi Q8 baharu sahaja mendarat di pasaran Malaysia beberapa bulan yang lalu dan di luar negara, model tersebut sudah pun menerima penarafan TSP bagi model premium. 

Ujian pelanggaran NHTSA juga mengesahkan Audi Q8 berjaya memperoleh skor lima bintang penuh!

 

BMW X2


Crossover dari BMW ini memperoleh skor cemerlang dari segenap sudut, kecuali prestasi lampu LED-nya yang kurang memberangsangkan. 

 

BMW X3


Abang besar kepada BMW X2 ini memperoleh penarafan Top Safety Pick+ daripada IIHS, terima kasih kepada prestasi lampu LED Adaptif yang dimasukkan sekali dengan Convinience Package. 

SUV ini juga turut memperoleh penarafan lima bintang daripada NHTSA.

 

BMW X5


SUV bersaiz pertengahan ini juga memperoleh skor cemerlang dalam ujian IIHS, manakala ciri mitigasi pelanggaran hadapan juga dinobatkan sebagai Superior. 

Bagi model yang dilengkapkan dengan lampu laser LED tiada masalah, namun untuk model standard, sistem pencahayaannya pula memperoleh penarafan lemah. 

Namun, ia tidak menghalang SUV BMW X5 ini daripada memperoleh skor lima bintang penuh daripada NHTSA.

 

Mercedes-Benz GLC


Anda mungkin perlu pening untuk memilih SUV pilihan anda, kerana terlalu banyak varian yang ditawarkan termasuklah versi sporty AMG dan versi Coupe dengan garis bumbung rendah. 

Usah risau kerana GLC menerima penarafan Top Safety Pick+ terima kasih kepada markah ujian pelanggaran yang cemerlang, sistem brek kecemasan bertaraf Superior, dan lampu adaptif LED. 

Ujian NHTSA memberikan GLC lima bintang penuh dalam ujian pelanggaran kenderan baharu.

 

Mercedes-Benz GLE


Sebuah lagi SUV dari Mercedes, GLE (atau lebih dikenali dengan nama M-Class) memperoleh skor Top Safety Pick+. 

Namun, bagi model standard, sistem pencahayaannya menerima penarafan yang lemah. 

Model ini masih belum mendapat markah ujian pelanggaran daripada NHTSA.

 

Volvo XC40


SUV kompak daripada pengeluar automotif Sweeden ini awal-awal lagi menerima penarafan Top Safety Pick daripada IIHS untuk model yang dilengkapi dengan lampu adaptif berlengkung LED dan bantuan suluh automatik. 

Namun, untuk model dengan lampu LED standard pula menerima penarafan lemah. 

 

Volvo XC60


Sebuah lagi SUV dari Volvo, XC60 turut mendapat anugerah Top Safety Pick ini kerana markah yang diterima untuk lampu adaptif berlengkung LED itu hanyalah Acceptable. 

Namun, sebagai sebuah Volvo, sistem brek kecemasan automatik hadapan untuk SUV ini diiktiraf sebagai Superior selain mendapat markah tinggi dalam perlindungan terhadap penumpang.

Sumber: Motor1 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…